Pelbagai Rahsia   Leave a comment

 

Rahsia kasih sayang mengikut bulan

Rahsia bulan kelahiran dari Dr. Fadzilah Kamsah

Rahsia Personaliti dari kelahiran Bulan Islam 

Rahsia Tarikh Lahir pasangan anda

Posted March 11, 2011 by roslailysaad in Pelbagai

Championship Best Misai dan Janggut   Leave a comment

Kelakar betul la..macam2 jenis pertandingan skrg ni hahahaha..layan je la

ni dah macam sotong dah hahaha

Posted March 8, 2011 by roslailysaad in Uncategorized

Kau umpama Susun Silang Kata   Leave a comment

Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(korus)
Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(ulang korus)

Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

(ulang korus 2x)

Lagu dia best2!!

Posted March 8, 2011 by roslailysaad in Lyrics

Tagged with

Hidup Berpasangan~~   Leave a comment

Ada kalanya seseorang memiliki pasangan berparas menarik tapi cakapnya pedas lagi menyinggung.

Ada pasangannya sopan, bahasanya sedap didengar tapi selekeh dan pengotor.

Ada pula pasangannya handsome dan pandai bergaya tapi malas beribadah.

Ada ja tapi tu kan..????

Asam garam dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis:

‘Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya.’

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.

Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah. Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.
Nasihat Rasulullah S.A.W berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita:

‘Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.’

Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah:

‘Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.’

(An-Nisaa: 19)

Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula – tidak boleh dipakai sama sekali. Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya. Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan pula terlalu memaksa, berhikmah dalam berdakwah.

‘Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.’

(Surah An-Nahl: 125)

Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat. Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah. Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.

Bercintalah sampai ke syurga… Bercintalah dengan redha Allah SWT…

Posted March 7, 2011 by roslailysaad in Uncategorized

Tagged with

Pulau Kapas lagi!!   Leave a comment

Malas nk tangkap gambar time pegi..juz ambik yg 2 thn lepas hahaha!!

Last minit buat decision nk follow trip ni sbb dah lama tak “beroutdoor”..kena cari ketenangan kat luar sana setelah dipenuhi ngan masalah. Sebenarnya aku lebih prefer naik gunung tp apakan daya stamina dh xmcm dulu dan aku pn dh mula malas nk pegi gym dan berjogging..ohhhh tidak!!! malasnya nk start balik..huhu

Okeh balik pada citer Pulau Kapas ni..kali ni aku dijemput oleh Bro. Asri utk handle bdk rekreasi level 2 utk student2 IIUM Kuantan..byk beza kalau nk dibandingkan ngan rekreasi utk student2 IIUM Gombak..aku ngan Bro. Azri ditugaskan utk mengayuh kayak..huhuhu aku mmg bosan bab kayak tp memandangkan dh lama tak berkayak so aku gagahkan jua..lgpn kayuh kat area laut ngan tasek ni lain sikit..emmm nmpk sgt bdk2 ni tak ambik perhatian dalam kelas smp nk berkayak pn tak tau..kononnya beginner padahal aku tgk dlm group tu 60% budak2 ARC..sgt memalukan..

Aku start bosan smp menghitung jam nk balik ke KL..haha so aku smp KL kul 4 pagi..hambik ko!!!

Posted March 7, 2011 by roslailysaad in Bercuti

Tagged with

Rindu kamu semua!!   Leave a comment

I miss u guys!! Bila kita nk naik gunung sekali?

Dah lama aku tak naik gunung ngan diaorg ni..bila kita akan buat reunion balik kawan2..sangat rindu ngan korang semua..time ni baru rasa keserasian antara semua orang..huhu

Posted March 2, 2011 by roslailysaad in Uncategorized

Tagged with

Bila lelaki kehilangan tulang rusuknya   Leave a comment

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang  rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak

“Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak

“Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat…*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan *menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? *

Posted March 2, 2011 by roslailysaad in Uncategorized

Tagged with ,

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.